INFO PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENGENALAN

Pusat Teknologi Maklumat yang dahulunya dikenali sebagai Unit IT telah ditubuhkan pada 16 Jun 1998. Pada awal penubuhan, fungsinya adalah sebagai Pusat Komputer yang lebih tertumpu kepada perkhidmatan perkomputeran untuk staf dan pelajar memandangkan penggunaan IT tidak begitu meluas pada ketika itu. Namun kini, pentadbiran Pusat Teknologi Maklumat merangkumi pelbagai aspek seperti menguruskan segala hal yang berkaitan dengan ICT di UniSHAMS samada daripada keperluan perisian, perkakasan dan infrastruktur malah merancang matlamat untuk masa depan ICT UniSHAMS.

MAKLUMAT AM

  • Visi

    Memacu UNISHAMS ke arah pelaksanaan e-universiti.

  • Misi

    Membangunkan perkhidmatan ICT melalui penyediaan infostruktur dan infrastruktur ICT yang kompeten dan berkesan.

  • Moto

    Memperkasa ICT

  • Objektif

    Mewujudkan persekitaran e-universiti dalam menyokong aktiviti pentadbiran dan pengurusan, penyelidikan dan pembangunan, pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan infostruktur dan infrastruktur ICT yang efisyen serta menyeluruh.

    Menggalakkan penggunaan teknologi informasi dan komunikasi dengan menyediakan kursus dan latihan yang berterusan.


Carta Oganisasi

Do you still have questions left?